09 October 2011

Ya! Allah Ku tahu kau sayangkanku....

Salam.....
Ya! Allah....
Syukur padamu kerana memberikan kesempatan untuk aku terus bernafas di atas muka bumimu. Dalam beberapa bulan ini terlalu banyak dugaan yang telah kau tunjukkan padaku. Aku reda dan bersyukur kerana atas dugaan ini kau telah menunjukkan betapa banyak dan tingginya kasih sayangmu ya Allah. Biarlah ia menjadi rahsia, namun ia benar-benar menyedarkan aku dari lamunan yang panjang. aku alpa dengan tanggungjawabku sebagai hambamu Ya Allah. Kini aku sedang belajar dan menapak dan terus menapak untuk terus memperbaiki diri..... sesungguhnya Kau Maha Pengampun dan Maha Menyayangi....

Syukur

Ya Allah ku panjatkan rasa syukur, kerana anugerahkan ku sebuah keluarga yang penuh dengan kasih sayang. Suami yang penyayang dan memahami, serta 3 anak kecil yang sentiasa membuatkan ku gembira. Gelak tawa dan gurauan kalian membuatkan hidupku lebih sempurna. Terima kasih Ya Allah! Terima kasih semua....