05 July 2010

Ku singkap kenangan itu

Hari Ahad, jam sudah menunjukkan hampir jam 3.00 petang. Cuaca mendung seperti hujan sedang menanti masa untuk mencurah. Aku dan mak berjalan beriringan menuju ke sebatang pokok jering yang letaknya tidaklah jauh sangat dari rumah. Aku mendongak ke atas.... masih ada dua tiga buah jering yang masih tergantung. sementara itu mak aku pula bising kerana sikap manusia yang tidak pernah bersyukur dan tamak! habis dahan jering di potong tanpa menghiraukan orang lain. walaupun jering tu bukan mak aku punya, tapi 'agak-agak'lah sikit. sepatutnya kita bersyukur pokok itu tumbuh di kawasan 'awam', so sesiapa sahaja boleh ambil dan menikmatinya. Kami sibuk mengait jering, walaupun tak banyak.... tapi cukuplah setakat 4-5 kali makan. Tak pahit sangat, sebab jering mudani rasanya rangup dan sedap. cicah dengan belacan atau tempoyak, memang terangkat!

Hmmmm, bukan setakat itu sahaja kami meneruskan agenda petang kami dengan mencari kangkung di tepi sawah. motor ditolak perlahan-lahan jauh dari kawasan rumah mak. Takut pula anak-anakku berlari ingin mengikuti kami. dengan 2 helai plastik kosong dan penyangkut besi, kami meneruskan perjalanan. sampai sahaja di tepi sawah, mata kami meliar melihat timbunan kangkung yang memenuhi tali air yang kering. apa lagi, selipar ditinggalkan di atas tebing, kami terus turun ke bawah tebing. satu persatu pucuk kangkung muda kami patah-patahkan. macam nak buat berniaga jer. tapi memang seronok, jarang dapat pengalaman macam ni. sebelum ini, di tali air yang sama aku bersama, emak, nenek dan anak sulungku mencari ikan di sini. penat.... tapi seronok!

No comments:

Syukur

Ya Allah ku panjatkan rasa syukur, kerana anugerahkan ku sebuah keluarga yang penuh dengan kasih sayang. Suami yang penyayang dan memahami, serta 3 anak kecil yang sentiasa membuatkan ku gembira. Gelak tawa dan gurauan kalian membuatkan hidupku lebih sempurna. Terima kasih Ya Allah! Terima kasih semua....