Hari ini dan semalam adalah memori indah yang terpahat utuh di ingatan. Biar onak dan badai datang melanda, aku tetap di sini. Berbicara tentang cinta, mengalun rindu di bidai kasih, melakar memori nan indah penuh makna dan mengharap kasih pada cinta nan satu
17 June 2010
Ujian datang silih berganti…..
Kadangkala aku pernah terfikir…. Apakah hikmah di sebalik ujian ini? Ketika anak pertamaku lahir ke dunia, aku dan suami terpaksa melalui ujian yang maha hebat! Suamiku kehilangan kerjaya, hutang keliling pinggang, bayaran kereta yang tertunggak berbulan-bulan, bil hospital yang tidak mampu ku bayar, dan roadtax / insuran dekat setahun tidak dihidupkan. Paling mencabar, apabila anakku demam atau tidak sihat, manalah ingin kucari duit untuk membawa anakku ke klinik. Maklumlah hidup di KL ini susah nak cari klinik kerajaan yang bayarannya hanya RM1! Pernah suatu ketika aku dan suami tidak tidur malam menjaga anak yang sedang demam. Aku hanya mampu melumurkan badannya dengan air asam jawa sahaja untuk mengurangkan panas. Di dalam hati aku hanya mampu berdoa dan bertawakal, agar anakku Selamat. Aku juga terpaksa merahsiakan kesusahan kami pada keluarga, aku tidak mahu ibu berasa susah hati dan bimbang dengan keadaan kami.
Pandangan saudara mara juga cukup berbeza… Ketika senang, ramai yang datang bertandang ke rumah, ketika susah? Tiada siapapun yang pandang. Pernah suatu ketika bapa saudaraku menyindir suami yang ketika itu masih belum mempunyai pekerjaan. Begitu juga dengan kwan-kawan. Seorang teman yang agak rapat denganku ketika itu, pernah mengataku di belakang… “Ina tu tak pandai manage duit. Sebab tu susah…” Kami hanya tersenyum dan bersabar, sedangkan di dalam hati… hanya Allah sahaja yang tahu perit dan pedihnya.
Begitu juga di tempat kerja, berkali-kali aku ditegur kerana memakai t-shirt cap Giant ke pejabat. Bahkan ada seorang teman berkata, “Bergayalah sikit…. Kakak-kakak cleaner tu lagi bergaya dari kau…” Aku tersenyum sedangkan di dalam hati terguris dan terhiris. Sebenarnya aku tidak mampu untuk membeli baju baru untuk bekerja. Saat terpandang kawan-kawan yang berbaju cantik, aku pernah terasa rendah diri dan malu. Aku adukan pada suami, suami hanya menyabarkan aku… “tak per, besok bila kita mampu… kita beli.”
Soal makan pun begitu. Duit gaji terpaksa dihabiskan dengan membayar rumah dan anak. Soal makan kami… terpaksa di tolak tepi. Jika lapar… kami hanya makan Maggie atau apa sahaja yang boleh mengenyangkan. Waktu itu…. Udang atau ayam merupakan makanan yang paling mahal. Teringin tapi kami terpaksa memendam perasaan.
Suamiku seorang yang penyayang…. Seringkali aku melihat dia menitikkan air mata di tikar sembahyang. Aku tahu dia malu…. Tapi sedarilah, aku tidak pernah mengganggapnya satu beban. Setiap hari dia akan keluar mencari pekerjaan. Interview sana, interview sini dengan perut kosong tanpa makanan. Aku kasihan dengan keadaan suami, tapi aku tidak mampu untuk menolongnya lebih dari itu……
Beberapa bulan selepas itu Allah SWT menurunkan rezeki yang tanpa dijangka. Suami sudah mendapat kerja di sebuah kilang memproses minuman di Shah Alam. Aku pula berasa lega apabila majikanku memberikan bonus 1 bulan setengah. Aku terus membahagi-bahagikan duit mengikut hutang yang tertunggak… bayaran hospital, road tax/insuran, dan macam-macam lagi……
Namun belum sempat untuk kami tersenyum sehingga ke petang…. Kereta kancil putih kepunyaan suami ditarik kerana sudah berbulan-bulan tidak dibayar. Kami kebuntuan dan termenung. Mana ingin kucari duit untuk mendapatkan kereta itu kembali. Selepas menghantar anak ke rumah pengasuh, aku dan suami berjalan kaki dari rumah yang terletak di Damansara Damai sehingga ke Komuter Sungai Buluh! Aku terus ke pejabat dan suamiku terus ke bank.
Sekembalinya aku dari pejabat…. Ku lihat suamiku terbaring di atas katil dalam keadaan yang panas. Badannya panas dan kulitnya merah. Aku tanya kenapa? Dengan suara yang tersekat-sekat… dia menjawab, “Abang berjalan kaki dari Kelana Jaya ke rumah, abang tak ada duit nak balik….” Aku menangis! Aku menangis memeluknya…. Dengan suara yang tenang aku terangkan padanya….
“Abang… ada Hamba Allah yang sudi membantu kita. Dia memberi pinjaman sebanyak RM4 Ribu untuk mengeluarkan kereta kita bang…” Hamba Allah itu terpaksa aku rahsia….. biarlah Allah sahaja yang tahu betapa luhurnya hatinya. Sehingga kini aku begitu terhutang budi padanya. Sampai bila-bilapun akan kukenang segala jasanya itu! Terima kasih ……..
Masa itu cepat berlalu, hasil perkongsian hidup bersama suami yang paling aku sayang, kami dikurniakan 3 cahaya mata! Biarpun hidupku kini tidak sepahit dulu. tapi kami bersyukur…. Inilah kemanisan yang Allah berikan kepada kami…. Dugaan dan cabaran tetap ada, tapi…. Alhamdulillah kami berjaya hadapinya dengan sabar. Paling penting aku tidak perlu berkira-kira jika anak-anakku ingin makan itu dan ini. Hidup kami tidak mewah…. Tapi kami sentiasa membantu dan tolong-menolong antara satu sama lain. Paling penting! Usahlah berkira sekiranya suami kita ditimpa kesusahan….. kepahitannya, adalah kepahitan kita, kemanisannya adalah kemanisan kita bersama…..
Biarkan orang nak kata apa, asalkan suami dan Allah tahu siapa kita. Biarkan segala hinaan dan cela orang pada kita. Yang penting, kita perlu sabar, tawakal dan berserah pada Allah. Ingatlah! Allah itu ada dan tahu segala-galanya….
Aku sedar dan tahu! Setiap yang berlaku ada hikmahnya. Sungguhpun perit untuk dilalui, tetapi Allah akan persiapkan kebahagiaan di kemudian hari. Sehingga kini ujian ujian demi ujian terus datang… tapi kami tidak mengeluh, kerana kami tahu ini tanda Allah sayang pada kita….
"Sesungguhnya Allah tidak menganiaya seseorang walaupun sebesar zarrah, dan jika ada kebajikan sebesar zarrah, nescaya Allah akan melipat gandakannya dan memberikan dari sisi-Nya pahala yang besar" (An Nisaa ayat 40)
06 June 2010
Cikgu Matematik
Hari Jumaat lepas, darah ku naik sampai ke kepala! Mata terbuntang-buntang, nafas, turun naik, dan tanduk cam nak keluar saja! Semuanya gara-gara kertas peperiksaan matematik pertengahan tahun Along. Selalunya M3 dia ok, dan aku suami isteri memang tak bimbang langsung pun. Tapi kali ni memang mencabar sangat! markah dia jauh merosot. geramnya...... bila aku tgk soalan-soalan nya, adoi sonang bebonar. apa lagi, aku terus letakkan syarat! "Along tidak boleh keluar bermain lagi. Kali ni ibu nak along ulangkaji. tak payah pergi tuisyen, tapi ibu akan jadi guru tuisyen Along. Setiap hari kena belajar. tidak boleh tidak.... cartoon? NO! Hari Sabtu aku sudah mula dengan tugas baru di rumah. Aku jadi guru MATEMATIK. mulut aku mengajar, tangan kanan pegang rotan. tak dapat jawab terus dapat upah. dari pagi sampai malam aku kejekan along. last2 nampak ok.... aku try suh dia buat soalan yang banyak salah dalam kertas ujian tu. ADOI! BETUL PLAK JAWAPAN DIA...... Maknanya bukan tak reti jawab, tapi main-main. Tapi, kan yang sebenornya soklan2 dia memang susah sikit ler, tak sama dengan dengan time aku sekolah dulu. tambah lagi soklannya sumer dalam BI. mana tak pening anak aku tu....Hmmmmmm.... malam ni aku nak jadi cikgu apa plak erk?????
04 June 2010
SEBELUM TIDUR
Rasulullah berpesan kepada Aisyah ra : "Ya Aisyah jangan engkau tidur sebelum melakukan empat perkara: 1. Sebelum khatam Al Qur'an,
Al Ikhlas tiga kali. Amalan ini adalah seakan-akan kau mengkhatamkan Al Qur'an
2. Sebelum membuat aku memberimu syafaat untukmu di hari akhirat nanti,
Membacalah sholawat untukKu, maka aku akan memberi syafaat untukmu di hari akhirat kelak.
3. Sebelum para muslim meredhai kamu
Beristighfarlah untuk para muslimin maka mereka akan meredhai kamu. Ampunilah aku ya Allah yang maha besar, kedua ibubapaku, semua muslimindan muslimat, mukminin dan mukminat yang masih hidup dan yang telah mati."
4. Sebelum kau laksanakan haji dan umrah... .
Perbanyakanlah bertasbih, bertahmid, bertahlil, bertakbir maka seakan-akan kamu telah melaksanakan ibadah haji dan umrah" Kalau larat amalkan sekurang-kurangnya tiga kali. Selepas itu bacalah bismillahirahmanirahim sebanyak 21 kali.
...............................................................
Sunnah-sunnah Nabi saw sebelum, ketika dan selepas tidur.
1. Baca doa sebelum dan selepas tidur.
2. Jangan tidur menghadap kaki arah Qiblat. Ini adalah kedudukan tidur
orang yang telah mati.
3. Barangsiapa yang membaca Tasbih Fatimah, sekiranya dia mati malam itu, dia akan dikira sebagai mati syahid. Apa itu Tasbih Fatimah?
Subhanallah 33 X, Alhamdulillah 33 X, Allahuakbar 33 X.
4. Membaca Ayatul Kursi dan 4 Qul. semoga kita di jauhi dari gangguan manusia dan jin sewaktu kita tidur.
5. Niat untuk bangun Tahajjud. Sekiranya tidak terjaga, Allah swt akan mengira seolah-olah dia bertahajjud sepanjang malam. Tahajjud adalah sebaik-baik pelindung daripada sihir dan buatan orang.
6. Ambil wuduk sebelum tidur dan Solat Sunat Taubat 2 rakaat.
7. Maafkan semua kesalahan manusia pada kita dan halalkan semua hutang piutang sebelum tidur.
8. Tidur cara Rasulullah saw dengan mengiring badan ke kanan dan tapak tangan di bawah pipi.
9.membaca surah Sajadah dan Al Mulk sebelum tidur. Mengamalkan membaca suratul Mulk sebelum tidur akan membuat kubur kita, tempat semadi sementara menunggu akhirat, suatu tempat yang sejahtera dan terang-benderang.
10.Tutup aurat ketika tidur.
.......................................................................................
Tiga Cahaya Di Hari Kiamat
Di hari kiamat ada tiga cahaya yang berlainan:
* Cahaya yang pertama seperti bintang-bintang.
* Cahaya yang kedua seperti cahaya bulan.
* Cahaya yang ketiga seperti cahaya matahari.
Apabila ditanya cahaya apakah ini ? Lalu dijawab :Cahaya yang pertama ialah cahaya wajah-wajah manusia yang ketika di dunia, mereka akan meninggalkan pekerjaan dan terus bersuci dan mengambil air sembahyang apabila terdengar azan.
Yang kedua ialah cahaya wajah mereka yang mengambil air sembahyang sebelum azan.
Cahaya yang ketiga ialah cahaya mereka seperti matahari. Mereka di dunia sudah bersiap sedia di dalam masjid sebelum azan lagi."
03 June 2010
Istimewanya seorang wanita

1. Doa ibu - Doa ibu lebih makbul daripada lelaki kerana sifat penyayang yang lebih kuat daripda lelaki.
2. pahala wanita bersalin - Apabila seseorang wanita mula sakit hendak bersalin, maka Allah mencatatkanb baginya pahala orang yang berjihad pada jalan Allah.
3. kelebihan melahirkan anak - Apabila seseorang perempuan melahirkan anak, keluarlah dia dari dosa-dosa seperti keadaan ibunya melahirkannya.
4. kelebihan menyusukan anak - setiap satu tegukan itu diberi satu kebajikan.
5. pahala memelihara anak - apabila semalaman ibu tidak tidur dan memelihara anaknya yang sakit, maka Allah SWT memberinya pahala seperti memerdekaan 70 hamba dengan ikhlas untuk membela Allah.
6. Menggembirakan perempuan - barangsiapa yang menggembirkan perempuan, maka darjatnya seumpama orang yang sentiasa menangis kerana takutkan allah dan orang yang takutkan Allah akan diharamkan api neraka ke atas tubuhnya.
7. ganjaran wanita solehah - ppuan solat 5 waktu, puasa di bulan ramadan, memelihara kehormatannya serta taat akan suaminya, masuklah dia dari pintu syurga mana shaja yang dikehendaki.
8. kelebihan mentaati suami - wanita yang taat pada suami, ikan-ikan, burung2, malaikat di langit, matahari, dan bulan akan beristghfar baginya selama mana dia taat kepada suami serta menjaga solat dan puasanya.
12. ganjaran mentaati suami - tertutup pintu neraka dan terbuka pintu syurga.
13 wanita hamil akan dapat pahala berpusa pada siang hari.
14. wanita hamil akan dapat pahala beribadat pada malam hari.
15 wanita bersalin akan mendapat pahala 70 tahun solatr dan puasa dan setiap kesakitan pada satu uratnya Allah mengurniakan satu pahala haji.
21. sekiranya wanita mati dalam masa 40 hari selepas bersalin, dia akan dikira mati syahid.
22. jika wanita memberi susu badannya kepada anaknya yang menangis, Allah akan memberi pahala 1 tahun solat dan puasa.
23. wanita yang menghabiskan malamnya dengan tidur yang tidak selesa kerana anaknya yang sakit, dia akan mendapat pahala seperti membebsakan hamba.
24. wanita yang tidak cukup tidur pd mlm hari kerana menjaga anak yang sakit akan diampunkan oleh Allah akan seluruh dosanya dan bila dihiburkan hati anaknya, Allah akan memberi 12 tahun pahala ibadat.
25. penghalang api neraka - drpd Aishah r.a, brg siapa yang diuji dengan sesuatu drpd anak2 perempuannya, lalu berbuat baik kepada mereka, maka mereka akan menjadi penghalang baginya dariupada api neraka.
Kesayangan hamba....
Subscribe to:
Posts (Atom)
Syukur
Ya Allah ku panjatkan rasa syukur, kerana anugerahkan ku sebuah keluarga yang penuh dengan kasih sayang. Suami yang penyayang dan memahami, serta 3 anak kecil yang sentiasa membuatkan ku gembira. Gelak tawa dan gurauan kalian membuatkan hidupku lebih sempurna. Terima kasih Ya Allah! Terima kasih semua....