03 June 2010

Kesayangan hamba....

Aku rasa bersyukur kerana Allah SWT menganugerahkan aku seorang suami yang penyayang dan begitu memahami. Biarpun kami hidup sederhana dan tidak semewah orang lain, tapi aku cukup bahagia. Ketidakcukupan duit bukan masalah utama bagi aku. Apa yang ada akan kami kongsikan bersama. Senang sama senang, susah sama susah. Alhamdulillah, kesabaran dan saling membantu antara kami telah mengeratkan lagi kasih sayang kami. Dalam rumah tangga, kita tak boleh berkira! Dulu sebelum kahwin, aku pernah terfikir "DUIT AKU, DUIT AKU.... DUIT SUAMI, DUIT AKU" hehehe. tapi bila dah berumah tangga ni, semuanya berbeza! sikap seperti ini memang tak boleh langsung! lagipun tak salah jika kita membantu suami. dapat pahala apa....  Hmmm suami aku ni bukanlah seorang yang romantik (tapi time mudo2 dan lom kawin dulu, dia romantiklah.... setiap pagi bagi morning call.hehehehe ) tapi sekarang ni,  dia merupakan seorang suami yang sangat serius, kelakar dan penyayang. Walaupun dia tak pernah bagi kad atau bunga, esp untuk tarikh-tarikh penting seperti hari lahir, ulang tahun perkahwinan atau hari ibu, tapi aku tak kisah langsung.... dah biasa dengan sikapnya yang begitu. Sedikitpun tak terkilan, apa yang penting aku tahu 'DIA' sayang aku. Kami dikurniakan 3 orang cahaya mata, yang sulung along (Hisyam Naufal) 8 tahun, yang kedua, kakak (Nor izzatul Nadia) 5 tahun, dan yang ketiga adik (Muhammad Aliff Muqtasim) baru 6 bulan. Masing-masing dengan perangai yang tersendiri, along kaki main.... tapi memang boleh disuruh dan diharap (jaga adik, dukung adik dan apa sahaja untuk adik), kakak pula kaki melaram, nak cantik memanjang. Sementara adik pula.... belum tunjuk perangai lagi tapi buat aku geram! Suka tergelak.... yang istimewanya si adik ni.... kelahirannya lain dari biasa. Tak sama dengan abang dan kakaknya dulu..... punya aktif, dia boleh lahir kaki yang keluar dulu. Memang pelik! Sepanjang mengandung, dia normal kepala sudah berada di bawah, tapi bila time sakit.... dan pintu rahim sudah pun terbuka 6cm, dia terus jadi melintang. Dr dapat rasa jarinya yang melambai-lambai. Masa tu Allah sahaja yang tahu perasaan aku. Keadaan di bilik bersalin Hospital Kuala Pilah menjadi kelam kabut! Dr Shah (sepatutnya dia tak bertugas time tu - 3-4am) terpaksa turun. Bila melihatkan keadaanku kandunganku ketika itu, Dr terpaksa mengambil keputusan untuk lahirkan anak ini dengan kaedah pembedahan. Aku jadi takut dan berserah! Kalau boleh nak normal, aku doa banyak2 dan cuba memujuk baby. (sebenarnya aku tak nak bedah, sebab nanti aku tak boleh bengkung.... nak kurus heheheh). Dengan kuasa Allah dalam beberapa minit aku terasa ingin meneran, aku cuba meneran, tiba-tiba terasa sesuatu yang terjuntang di bawah. Ya Allah! Alangkah terperanjatnya bila Dr Shah mengatakan kedua kaki anakku sudah keluar. Akhirnya Dr terpaksa batalkan pembedahan dan cuba untuk keluarkan anak ini dengan cara normal. Sakitnya Allah sahaja yang tahu! Time ni nak je aku suruh suami dan mak aku berada di sisi ( mereka terpaksa tunggu di luar, sebab kelahiran anakku ini agak luar biasa dan Dr tidak benarkan mereka masuk). Masa ni aku terpaksa meneran 3 kali! 1-Keluarkan bahu kanan, 2-Bahu kiri dan last sekali KEPALA! Pehhh! Bukan senang..... Tapi aku bersyukur aku dan anakku selamat. Walaupun susah dan serik, tapi aku gembira, dengan cara ini Allah membersihkan segala dosa-dosa kita. Amin! Sekarang ni bila tengok wajah anak-anakku, aku lega dan lupa segala kesakitan itu. Jika ditanya nak tambah lagi atau tidak? Hmmmm kalau ekonomi makin bertambah, mungkin kot! Nak cuba anak perempuan lagi. Cukup 2 lelaki dan 2 perempuan.


No comments:

Syukur

Ya Allah ku panjatkan rasa syukur, kerana anugerahkan ku sebuah keluarga yang penuh dengan kasih sayang. Suami yang penyayang dan memahami, serta 3 anak kecil yang sentiasa membuatkan ku gembira. Gelak tawa dan gurauan kalian membuatkan hidupku lebih sempurna. Terima kasih Ya Allah! Terima kasih semua....